Petang semalam tatkala aku minum bersama beberapa
orang para sahabat dari kalangan guru, rata-rata guru-guru ini cukup marah
dengan apa yang mereka sebut PBS ( Penilaian Berasaskan Sekolah)!
Ada yang hentak meja! Ada yang kata, PBS ke arah paperless
konon... paperless tak kucing! Ada yang merungut, biasanya yang bekerja tengah-tengah malam
ni ialah pelacur, sekarang ni cikgu
pulak dah bekerja tengah malam buta! Kahkahkahkahkah...tergelak aku!
Yang lebih brutal, seorang cikgu tu sambil hentak meja
berkata kegeraman, “aku tak sabar PRU...nak pangkah Pakatan Rakyat pula..nak hajor muka Muhyiddin dan Najib!”
Ada yang kata PBS adalah transformasi gila babi! Aku Tanya kenapa
gila babi? Mana tak gila, katanya kalau guru-guru tak buat sebelum date line, Guru besar dan Pengetua akan panggil dan berleter. Kalau Guru Besar dan Pengetua gagal kerahkan
guru-guru, PPD akan sumpah sekolah dan pentadbir sekolah!
Kalau PPD tak menyumpah dan memperbodohkan Guru Besar dan Pengetua serta cikgu-cikgunya, JPN pulak akan belasah PPD sebagai PPD bentat! JPNP pula KPM akan hentam!
Yang sedap Menteri Pelajaran! Menteri goyang kaki! Yang kerja bagai nak mampos menjayakan PBS ialah guru-guru cabok di serata ceruk di bawah sana!

Maka terfikir aku, teruk jugak jadi guru rupanya.... Guru-guru terkepit PBS, Muhyiddin buat bodoh, "apa aku peduli, engkau orang makan gaji- jangan cakap banyak, buat!!!"
Tahun depan 2013, Muhyiddin nak tambah satu lagi beban kepada guru-guru iaitu melayan kerenah penggunaan henfon oleh para pelajar di sekolah! Terimo jo lah cikgu..... tak dok kerjo cari kerjo, ada henfon tahun dopan tercongap-congap!
Begitulah nasib para guru, terus terpaksa buat kerja bodo hasil daripada perancangan bodoh orang yang mengaku cerdik di atas sana!

Itulah antara kesimpulan perbualan aku dengan
rakan-rakan guru pada petang itu! Dalam hati aku berkata, “lantak engkau
lah...sebab engkau orang jugak para guru yang
sayang sangat Umno/BN!"
Berita yang diulas:
PBS: guru dilayan seperti robot, masa rehat dirampas
Salmiyah Harun 09 Nov 2012.
KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan
(Pendidik) memohon agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mewujudkan tekanan kerja yang
melampau di kalangan guru.
Presiden Pendidik Normala Sudirman berkata, terlalu banyak aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pendidik berhubung isu PBS malah ada yang menyifatkan guru dilayan seperti 'robot' dan hak serta masa rehat mereka dirampas.
Katanya, urusan dokumentasi, kerja- kerja perkeranian serta pemprosesan markah telah menjejaskan tumpuan dan perancangan rapi guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, Sedangkan ia merupakan faktor penting dan penentu kejayaan pelaksanaan PBS.
"Guru terpaksa bersengkang mata dan bangun malam untuk ‘key in’ data hingga pukul 2- 3 pagi di rumah untuk mengurus sistem fail pelajar .Contohnya kalau ada 40 pelajar, maka begitulah jumlah fail yang menyebabkan guru- guru terbeban dengan ‘kerja- kerja perkeranian’.
"Ini menjejaskan tumpuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana pula dengan guru yang terpaksa mengajar dua atau tiga mata pelajaran sehingga terpaksa ‘key in’ data 120 orang pelajar?"tegasnya.
Katanya, hak dan masa rehat guru serta kebajikan warga pendidik perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan PBS ini supaya guru tidak dibebankan dengan urusan tugas- tugas perkeranian.
Dalam pelaksanaan PBS, katanya kelajuan internet adalah perkara paling penting dan segala masalah yang timbul berkitan akses capaian internet yang terganggu, menyebabkan urusan untuk proses dokumentasi penilaian untuk ‘key in' data tidak dapat dilakukan.
"Selagi akses capaian internet 1 Bestari Net yang menggantikan School Net di sekolah masih belum diatasi, maka tangguh dahulu PBS ini dan kaji semula pelaksanaannya," katanya ketika ditemui.
Tambahan pula soalnya, bagaimana dengan nasib 800,000 pelajar dari Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak diberi kod untuk melaksanakan PBS ini?
"Apakah mereka dianggap telah terkeluar dari kerangka sisitem
pendidikan negara? Bagaimana dengan nasib mereka pada masa hadapan?Seolah- olah kerajaan meminggirkan peranan mereka yang juga merupakan warganegara Malaysia," katanya.
Justeru, beliau mencadangkan agar guru-guru diberi kursus peningkatan secara profesional dan kursus pemantapan secara terancang supaya pelaksanaan PBS dapat berjalan dengan lancar.